CINCIN OH CINCIN ! (Part 2) Friday, 26 April 2013
@14:19
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
dan salam 1 Malaysia *saya tidak berpolitik
Baiklah...seperti yang anda maklum...cerita cincin dan jari saya masih belum lagi berakhir kerana...
Inilah kesinambungannya.......
ehem...
Starring...
Pidot : which is me.. the moron who had a ring stuck on his finger
Teacher Faz :The coolest teacher ever !! Kami dan Teacher Mimah mmg x suka diam
Syazen : Kawan kelas sebelah yang sama2 nak tuang diseludup keluar asrama
Pak Cik Savior: Berbangsa Kelantan dan pemilik kedai emas Adamas...
Pekerja Wanita: Tiga orang, dua berbangsa India dan seorang Melayu
*lagi dua org dak perempuan aku tak kenal sape. Katanya nak teman Kak Syazen pergi buat baju dorm...
ehem...
Setting:Parking site just behind Kalang Buruk a.k.a. Kalang Wira
Time : Selepas solat Jumaat
Me: Wahh... teacher pergi mana?? penat tunggu tau.. igt dh gelap masa depan x de jari dah...
TF: teacher tunggu kat ataslah.. mne jari kau yg tersekat tu?
*muka sedih jari biru
TF:HAHAHAHAHA... kau memang tak de kerje kan?? Bosan sangat ke kelas BM tu sampai
kau sarung cincin ni?
Me: Teacher janganlah gelak, saya dah tak nampak dah saya masuk dewan SPM tau..
TF: kau dah guna sabun dah?
Me:Dah.
TF:Minyak?
Me: dah. habis kene bebel ngan kak Mis tu.. urghh..
TF: Ni nak teacher bawak mana ni? hospital?
Me: Mak ai.. mcm teruk je... Bomba lah..
TF: HAHAHAHAHA Bomba buat apa, teacher bawak pergi Klinik je lah...
Me:OK. Suka hati teacher lah... asal cincin ni boleh tanggal
TF:Tunggu Syazen lah.. dia nak buat baju dorm skali...
Me: OK, *woi cepatlah doh, ni kes hidup mati tau tak??
Lalu, kelihatanlah Abang Akmal Afif membawa kereta BMW nya ke dalam perkarangan sekolah sambil menekan nekan hon.
TF: Ni sape plak main hon2 ni?
Me: Abang Akmal Afif lah teacher, yg ketua BUDI tahun lepas tu...
TF:Hoi, aku pun naik Myvi, asal die naik BMW plak?
*korang nmpk tak knp aku sayang teacher Faz? hahahahah....
Kami memulakan perjalanan ke arah OTK (Ong Tai Kim) iaitu syurga warga Integomb untuk mencari barangan perkakas dorm...
Kami berhenti di Klinik Idzham
TF: Pergi masuk dalam tanya nurse tu, mcm mne nak potong jari
Me: teacher!
TF:Haha teacher gurau lah... pergi masuk tanya mcm mne nak tanggalkan cincin tu, buat
muka tebal je,tu lah sape suruh pkai cincin. Teacher tunggu luar nak cari parking.
Breathe in, breathe out...
Brace yourself for the worst nightmare
I stepped into the clinic and approached the counter...
ehem...
Me :Assalamualaikum...
nurse:Waalaikumussalam.. ye dik, sakit apa? pernah datang sini tak sebelum ni? I.C?
*sabar cik, satu2 boleh?
Me :Owh, nak tanya, klau nak tanggalkan cincin ni, boleh tak? *muka aku waktu tuh x yah ckp
ah, mmg blushing gila dan soalan aku tanya tu memang tak boleh lagi pelik.Sampai mak
cik yang datang duduk kat belakang tu pandang pelik je.Sorry Integomb malukan anda
kerana waktu tu saya masih bersampin dan bersongkok.
Nurse: Jap ye dik,
Nurse tu masuk bilik doctor dan keluar dalam masa beberapa purnama kemudian *ini bukan hiperbola kerana sekiranya anda berada dalam situasi ini, walau sesaat pun mampu mengubah masa hadapan anda.
Nurse: Tak boleh lah dik, Kenapa tak guna sabun?
Me : Dah, tapi x boleh jugak. So, sekarang ni mcm mana?
Nurse:Adik cuba pergi kedai emas, klau x boleh jugak, memang kene potonglah jari tu.
*disambut dengan hilai tawa rakan sekerja yang 'perlahan'
*seriously, aku benci ayat potong jari tu... tau x tak lawak! TAK LAWAK!
Me:OK, terima kasih.
GAGAL
Dengan setiap langkah ku derap menuju keluar klinik, air mataku mula menitis,tidakku lihat lagi senyuman ibu bapaku tatkala mengambil keputusan SPM kerana anaknya ini tidak mengambil peperiksaan tersebut disebabkan malu ketiadaan jari.Namun, tangkas ku mengelapnya takut Teacher Faz terlihat air mataku itu. Aku mula menghampiri kereta.
Me :Teacher, tak bolehlah, die suruh pergi kedai emas. Mana nak cari kedai emas?
Teacher:Owh , dah dekat dah, jom masuk Plaza Idaman, kat dalam ada kedai emas,
lagipun Syazen memang nak cari baju...
Me :OK.
*nampak tak kenapa aku sayang teacher Faz
Waktu tu, aku nampak Plaza Idaman tu macam satu pasar raya yang sangat maju *walaupun...
sebab tempat tu ada kedai emas. Masuk lah kami berlima ke dalam plaza tu, mencari kedai emas. Masuk je, selang beberapa kedai, tadaa.........
KEDAI EMAS ADAMAS
Harapan aku cerah kau tau...
The moron with his guardians is now entering the shop...
Me :Ah, tumpang tanya, klau nak tanggalkan cincin ni boleh tak
*waktu ni sumpah aku memang dah tak malu sebab ni harapan terakhir aku.
Pekerja:Mari saya tengok.
Aku pun hulurlah tangan aku yang tersekat cincin tu, mmg dah tak pikir dosa pahala aku waktu tu bersentuhan dengan bukan muhrim. Terasa berdosa berkepuk-kepuk di dada.
Pekerja:Oh, ni tak boleh buat apa ni dik, memang kene potong je lah jari ni sebab dia dah
tersekat pada sendi.
Me :Takkan tak boleh nak buat apa-apa dah? Saya merayu sangat.
Pekerja:Sebentar ya dik. Kak, macam ni panggil 'Ayah' je lah. Kesian tengok ini budak.
Ahaks.. akak ni baik betullah. Tak acam kakak melayu tu, kerek, doakan jari kene potonglah bagai. kang aku sumpah kau tak de jari tak yah kahwin.. biar mas kahwin kau discount. hahahahaha
*Ayah-the man they'd mentioned earlier is the owner of the shop. He is Kelantanese from the way he talked to me during the 'ritual'.
Maka 'Ayah' (The Savior) tu pun keluarlah. Rambutnya dipenuhi uban dan berpakaian seperti orang biasa dan tidak seperti tipikal pemilik kedai yang lain yang lebih memilih untuk berkot.
Ayah : Kenapa?
Pekerja:Ni, budak ini tersekat cincin.
Ayah :Meh sini tangan tengok.
Kali ni tak rasa berdosa sebab Pak Cik ni laki... die belek2 macam tu je.
Semua pekerja dia berkerumun kat kaunter tu sebab curious pasal kes aku. Jadi diva lah aku sekejap kat kedai tu. gaya nak beli emas an. Teacher dekat sebelah dengan camera dia katt tangan non stop snap gambar aku. Tertanggal bhai songkok, hilang pedoman kejap bila Ayah check tangan aku.
Ayah:Oh, ni tak boleh buat apa ni, sebab yang ni stainless steel (bagi pelajar yang mengambil
matapelajaran Kimia seperti saya, anda akan tahu betapa keras dan kuat dan stiff-nya
stainless steel tu) bukannya emas atau perak sebab emas dengan perak tu lembut boleh
patahkan.
Me : Tak apalah pak cik, saya tak kisah, macam mana pun caranya saya sanggup jugak
asalkan cincin ni tercabut drpd jari saya ni. Saya mohon sangat dengan pak cik.
Kali ni air mata aku dh bergenang dah dan aku dah mula menyimbah. Tapi teacher Faz
kat sebelah tak habis2 dengan camera dia tu. "sabar pidot sabar" sambil gelak2. Syazen muka dia dah ape tah kat belakang.
*nampak tak kenapa aku sayang teacher Faz lagi? -.-"
Ayah: Kejap, acik pergi belakang amik playar.
pak cik tu pergi blakang amik playar dan kembali semula dengan playar gabung kat tangan dia.
THE RITUAL
PERCUBAAN PERTAMA:
-playar gabung-
Tarik nafas Pidot, tenang, playar je.
Bismillah...
Ayah: Kasi sini tangan tu.
Aku pun hulurlah tangan aku melepasi ruang kecil antara dinding kaca berbesi yang memisahkan ruangan pelanggan dengan ruangan perkerja.
Mataku ditutup rapat. Pak cik tu menyelitkan playar gabungnya ke dalam ruangan antara cincin dengan jari manis aku itu.Sejuk besi playar tu. Begitu juga seluruh badanku yang kini menggigil ketakutan. Teacher Faz masih dengan camera-nya merakan setiap detik cemas itu.
Ayah:Acik ketip ye, tahan sikit.
Me :OK.
TAAAPPPPP !!!!
FUHHH... lega gila bila dengar bunyi tu...tak sakit pun... tapi.............
KENAPA CINCIN TU STILL CANTIK KAT JARI AKU??
BAHAGIAN DEPAN PLAYAR GABUNG TU YANG PATAH TERPELANTING KE BELAKANG!!
OHEMGEE...Macam mana boleh patah doh??? bende tu bukan besi ke?
Sumpah air mata aku waktu tuh dah menceceh jatuh tau tak? Kau tau tak perasaan 5 tahun belajar, tapi tak dapat amik SPM? Allah je tau...
Semua tergamam even pak cik tu, dan muka masing-masing dah pelik macam mana boleh patah. PATAH!
Ayah: La, macam mana boleh patah ni?
Me : Ya Allah pak cik, mintak maaf sangat sebab patahkan playar pak cik, tapi, jari saya
macam mana?
Ayah: Nak buat macam mana dah patah pun.
Pak cik tu pergi belakang sekali lagi ambil playar baru.
GAGAL
PERCUBAAN KEDUA:
-playar muncung tirus-
Pak cik tu datang balik bawak playar muncung tirus dia yang BARU.
Ayah: Cuba yang ni pulak.
Aku sumpah heartless gila waktu tu sebab memang dah putus harapan sebab PLAYAR TADI PUN BOLEH PATAH DERR...
Satu...
Dua...
Tiga...
TAP...
Nothing...seriously... nothing... tak ade kesan langsung pada cincin tu walau seguris... and the most impotant thing is... the pliers didn't break in pieces..ahaks...
Ayah: Kejap...
Pak cik tu kembali pulang ke belakang dengan muka hampa sehampa muka aku...
GAGAL
PERCUBAAN KETIGA:
-gergaji G-
Pak cik tu datang semula dengan sinar baru membawa gergaji G nya di tangan. Disuruhnya semua pekerja beliau balik ke station masing2 buat kerja dan jangan menyibuk. AHAKS> Padan muka korang... tau tak aku malu korang duk tengok dari tadi? hahaha....
Ayah: Sini tangan tu.
Aku pun hulur lah
Ayah: tahan sikit ye sebab takut, kalau pak cik gergaji cincin ni terhiris jari kamu.
Me : -gulp- Tak apa pak cik saya sanggup asalkan....
Pak cik tu terus gergaji tangan cincin tu... Nyilu seh.....
Lama gak lah die menggergaji *ada eh perkataan tu? tangan aku ni, dalam limat minit gitu
SAP
SAP
SAP
Pak cik tu angkat lah gergaji die dan berhenti.
Nak tau tak??? TAK DE KESAN LANGSUNG!! Hanya ade secebis garisan halus kat pangkal cincin tu. Buek ponat pok cik tu jo mengasah bagai...
Tapi aku respect lah pak cik ni sebab die memang tak nak mengalah langsung. Dari tadi dia menolong aku ni (maybe sebab kedai die memang tak ada orang kot). Dari satu, satu alat die bawak keluar, tapi perkataan 'ish' pon aku tak dengar. Aku rasa kalau aku pergi balai bomba ataupun klinik2, lain belum tentu jumpa manusia sebaik pak cik ni. Bagus pak cik ni tolong budak sembal macam aku. GOMO KLATE GOMO!
GAGAL
PERCUBAAN KEEMPAT:
-baby oil-
Agaknya pak cik ni dah hilang sabar sampai dia amik baby oil pekerja die dan keluar daripada kaunter jualan tu. MasyaAllah... tak pernah aku tengok owner keluar daripada kaunter jualan sampai guard die kene amik kunci pintu kaunter sebab ownner nak keluar. Sebenarnya mana boleh takut pencuri menyerbu...
AWWW..... I'M FLATTERED CAUSE THAT MAN WAS WILLINGLY TO COME OUT FROM THE COUNTER SPACE WITH A BABY OIL BOTTLE ON HIS HAND JUST TO HELP ME TAKING THAT RING OFF....
Pak cik tu duduk kat atas kerusi depan aku dan picit keluar minyak tu kat jari aku. Dia start lumur kat celah cincin tu dan memulakan usahanya mencabut cincin tersebut. Lama jugak dia hulur. Berpeluh kami berdua. Lagi kuat tolakan dia mengharapkan cincin itu keluar, lagi biru jari aku dibuatnya. Aku hanya mampu menahan sakit sebab aku dah putus harapan . Sumpah aku dah mula nak menangis.
Seperti biasa, teacher Faz masih bersama camera-nya menangkap gambar setiap detik 'gembira' tersebut. Senyum lagi kau... hahaha
*sumpah aku sayang teacher Faz.
Kemudian, datanglah seorang hamba Allah ni yang mencadagkan agar 'Ayah' tersebut mengambil 'Playar Hijau' kat belakang tu sebab anak die minggu lepas pun mengalami perkara yang sama iaitu cincin tersekat *kita geng! . Pak cik tu gamaknya mati akal kot, terus bangun dan pergi mengambil 'playar hijau' yang dikatakan itu.
GAGAL
PERCUBAAN TERAKHIR:
-'playar hijau'-
Me :Syazen belikan aku air
Syazen: Air apa?
Me : Apa-apalah aku tak kisah sebab air apa pun dah tak rasa apa.
Syazen terus belikan air untuk aku. Seminit dia sampai sebab depan kedai emas tu kedai runcit.
Syazen: nah!
Me : Thanks!
Air Coke. Wehh... aku tak minum Coke lah... Jaga otak.. *ahakss.. gedik an. but ni petua doh
Lantak ah, air pa pon tak rasa pa dah...
Pak cik tu datang balik bawak 'playar hijau' dia tu.
AMK AII... NI PLAYAR NAK BAWAK PERGI MEROMPAK NI !!
But that pak cik's pliers was much bigger than this.
I don't know what it calls but I surely do know that this one is used by the robbers to break the padlock!
Depan kedai dah mula orang berkerumun
Syazen dengan adik dorm die dah maju ke belakang dah...
First time aku tgk teacher Faz muka serious...
Fuhh.... keta' lutut che depa bawa kelua' playar tu...
OK Pidot, this is it. This is your last chance or you will regret having that ring on your finger.
Breathe in...
Breathe out...
Aku cangkung kat lantai kedai dengan songkok dan sampin masih tersemat rapi dibadanku yang makin menyimbah.
Sebelah pemegang pak cik tu sendal dengan kaki dia, lagi sebelah pemegang lagi pak cik tu pegang.Cincin di jariku disematkan diantara dua pengapit playar itu . Betul2 pada hujung muncungnya.
Ayah: Ni lah last peluang nak cabut, kamu tahan je walau sakit mana pun...
Me : Baiklah pak cik. Saya tak kisah... saya dah pasrah ni
Ayah: Kalau sakit cakap tau, nanti pak cik berhenti.
Me :OK.
Pak cik tu mula merapatkan kedua pemegang tersebut dan aku dapat rasakan jariku bagai ditekan dengan kuat oleh daya dari setiap sudut cincin itu dan mengetat.
STOP!!
Ayah: Kenapa?
Me :Sakit....
Aku pun tengoklah cincin kat jari aku tadi, wahhh.. dah terpotong setengah!!
Me :Kita teruskan!
Ayah:OK.
Pak cik tu teruskan mengetap playar tersebut dengan sekuat hatinya...
TAAAAPPPPP!!!!!
Nyilu gilaaaaa..... sampai ke tulang rasa sentapannya....
Kulihat jariku....
Wahhhh ..... akhirnyaaa cincin tu tercabut dari jari....!!!
I'M FREE !!!!!
Kini dapatku bayangkan bahawa meja SPM aku tak kosong lagi cause I'm here baby!!
I'm alive!
Aku hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga dan berteriak kegembiraan kepada pak cik itu sambil diperhati orang yang berkerumun di luar kedai *kesah plak aku walaupun masih bersampin Integomb.
Teacher Faz menghulurkan sampul duit yang berisi RM 30 ringgit sebagai tanda apresiasi untuk menggantikan playarnya yang patah....
* teacher Faz, I love you! ahaks...
Kalau tak ada pak cik tu, tak adalah aku kat sini menulis kisah manis ini.
Kalau tak ada pak cik ini,tak adalah slip 9A+ dalam genggaman. *Alhamdulillah
Sampai aku mati aku ingat jasa pak cik Klate ni dan kedai ADAMAS dia dekat Plaza Idaman.
MORAL OF THE STORY:
-walau bosan manapun sesi pembelajaran itu, belajarlah kamu kerana keberkatan guru itu
yang membawa kejayaan kamu suatu hari kelak. *jangan jadi macam aku, kerja menyusahkan
orang.
Sampai sekarang tak bayar balik cincin murahan Roy yang dibeli di pasar malam.
P/s: Minta maaf sangat2 kerana gambar di tempat kejadian sampai sekarang teacher Faz x
post kat aku & sorry klau banyak typo sbb aq update dri kol 1 sampai kol 5 pagi.